Sunday 26 August 2012

Ada Apa Dengan Blog?


Ada apa dengan blog? Ntah. Mana la aku tahu. Yang aku tahu, aku memang suka sangat baca blog. Sebab time cuti-cuti gini, internet pulak laju macam buai laju-laju, senang nak berjalan-jalan kat blog orang. Apa istilah dia? Ah... Blogwalking, eh? Tapi, setakat nih, tak pernah pulak aku pergi jerit ataupun komen kat blog diorang. Aku pergi blog orang nih untuk suka-suka je membaca. Hobi: Membaca. Apa-apa sahaja jenis bahan bacaan. Sedikit obeses dengan buku. Blogwalking jugak ke?

Anime Samurai Champloo dalam hardisk aku dah bersawang tak dijenguk

Banyak blog dah aku jumpa. Yang klaka ada, yang jiwang ada, yang gossip-gossip ada, yang meleleh-leleh pun ada, yang politik pun ada (yang nih seboleh-bolehnya aku langsung tak nak bukak).

Aku memang tak tahu apa-apa pasal blog nih. Nak make up dengan iklan bagai pun tak tahu. Apatah lagi nak letak gadget-gadget macam ikan, hamster etc etc. Boleh je pergi tanya Mr. Google, "How to... bla bla bla" tapi ni lah satu-satunya masalah aku yang tak ada siapa boleh tolong, MALAS. Bukan penyakit keturunan, tapi penyakit dalaman yang secara peribadinya aku rasa boleh diubati dengan hipnosis. Dalam circle aku, tak ada orang tahu macam mana nak berblogging. Semua main Facebook je. Lepas tu bukak website yang buat cerita gosip, lepas tu cari info untuk assignment (aku jek yang duk layan Deviantart, jiwa seni la katakan~). Tengok sebelah kiri; friends tak ada, followers jauh sekali (nih kalo aku tukar template blog aku pandai-pandai la cari). 

Tapi tak ada la kat dunia realiti aku langsung tak ada kawan. Tak ada lah ramai sangat sampai boleh bajet diri macam YB, cukup sekadar kawan-kawan yang boleh bimbing aku ke arah kebaikan. Nak promote diri time blogwalking pulak rasa segan. Ye lah, blog yang aku singgah semua SUPERPOWER, in my opinion,  terlalu perfect lah walaupun ada sesetengah tu agak kurang sopan penggunaan bahasanya. Blog aku yang tak sampai setahun jagung mana boleh berdiri sebaris dengan blog-blog power ni. Kena cari pengalaman dulu, kan? Nak aku list blog mana yang aku rasa perfect? Tak payah la... Nanti diorang rasa high~ Lalalala

Kenapa aku start berblogging? Aha! Sebab... aku tengah cuti dan terlalu free dari sebarang masalah dan internet yang sangat-sangat pantas dan tuntas.

"Kalau perempuan, mesti ada banyak kerja nak buat kan?"

Banyak la jugak kerja nya pun... Basuh baju, kemas rumah, sapu lantai etc etc. Tapi disebabkan aku suka buat kerja cepat-cepat, cepat la siap nye. Lepas tu duk melangut, tak tahu nak buat apa. Nak text kengkawan, dah muak dah diorang dengan aku. Boyfriend? Tak rasa diri ini hot nak berboyfriend pulak. Part time? Aku tengah buat internship, tapi kerja aku kat ofis je la. Nak maen game dah bosan yang amat. Nak pergi jenguk social network pulak, 5 minit je aku bukak (Facebook sangat membosankan, Twitter pulak tak tahu macam mana nak main, haaa... Yep, saya buta IT sebelah mata). So, aku pergi la melawat blog-blog yang sedia ada kat alam maya ni... Dan aku terpanggil nak mengarut-ngarut macam diorang. Tapi bila dah start buat blog, tak tahu pulak nak buat entri pasal apa... Nasib baik la ada blog-blog feymes yang aku pergi tu bagitau apa yang boleh ditaip untuk dijadikan entri. Tapi still aku nak mengarut benda-benda yang bosan. 

Sejujurnya, aku akui yang aku memang kurang celik IT. Walaupun aku budak Uni yang belajar programming sebagai subjek teras, banyak yang aku tak tahu. Orang kata, makin banyak kita belajar, makin bodoh pulak kita rasa. Tak payah belajar, baru rasa cerdik, kan? Jadi, siapa-siapa yang sudi nak bantu aku untuk menjadi blogger yang tak annoying, dengan hati terbuka nya aku terima. 

Nak kutuk pun aku tak kisah. Tipu la kalu aku langsung tak terasa, kan? Tapi satu jampi yang selalu aku amalkan kalau kena kutuk kat alam maya ni:

"That's how internet goes. There're many haters and likers. Not everyone agree with you. Just how human beings always never being perfect"  

Kalau kat dunia realiti kena kutuk, mengucap je la, kan? 

P/S: Ye. Grammar English aku tunggang langgang, bajet British la, kan? Perkataan likers tu tak wujud dalam kamus tau. Jangan guna dalam esei BI nanti cegu BI marah. Heee... Ja, mata ne!

0 comments:

Post a Comment