Monday 13 August 2012

JPJ Tester


Perbualan antara seorang ibu dan anak perempuannya yang baru sahaja lulus ujian memandu
Lokasi : Dapur
Waktu: Selepas Berbuka Puasa

Anak: Umi tahu, tadi time test JPJ, sepatutnya ada sorang kawan saya tu tak lulus sebab dia langgar lampu isyarat.
Ibu: Habis tu macam mana dia boleh lulus?
Anak: Sebab pegawai JPJ tu gatal dia boleh lulus la. Mintak nombor telefon la, raba-raba poket seluar la, ajak pergi rumah la, itu la ini la. Ish, gatal betul la! Dah la bulan puasa menggatal macam tu.
Ibu: (sengih) Dengan awak dia tak gatal?
Anak: Tak... Sebab saya dengan pegawai JPJ laen. Yang tu tak gatal. Serious je memanjang... Tapi kalau saya kena dengan JPJ yang gatal tu tak de nye dia nak menggatal dengan saya.
Ibu: Kenapa pulak?
Anak: Sebab saya pakai baju tutup dari hujung rambut dari hujung kaki. Tudung di labuhkan menutup dada. Pakai blaus berambu-ramba pun tak jarang. Walaupun blaus lengan tiga suku saya pakai cardigan tutup yang mana terbukak. Haa... Tak de la laki gatal nak kacau. Kalau dia ada rasa nak kacau pun mesti dia fikir dua tiga kali jugak. Perempuan yang jaga maruah dia lebih mahal daripada yang emmm...(ragu-ragu nak cakap) kurang menjaga maruah dia. 
Ibu: (sengih penuh makna)

Renung-renungkan dan Selamat Beramal...

By the way, I think the story above should be nice if there's any hadis or Quran's verse that can support it. Unfortunately, I'm not really informative so, I apologize if there's any people offended and do not agree with me.
Lagipun, kalau cakap kosong tanpa hujah tertentu kan x boleh nak percaya jugak~~~ Jadi, ini adalah untuk peringatan diri sendiri sahaja dan juga kepada orang lain yang boleh menerima dengan hati yang terbuka. 


0 comments:

Post a Comment